Drama Asalkan Dia Bahagia lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Drama Asalkan Dia Bahagia memulakan siaran pada hari ini 3 Mac di slot Akasia TV3. Tayangan selama 28 episod, diarahkan oleh pengarah popular Jamal Khan dan merupakan terbitan syarikat Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Drama ini adalah adaptasi novel karya Hani Fazuha.

Drama Asalkan Dia Bahagia

Para Pelakon

Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar.

**Semua link ke youtube TV3
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Asalkan Dia Bahagia

Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar.

Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

novel asalkan dia bahagia

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri. Jangan lupa saksikan kesudahan drama Asalkan Dia Bahagia di slot Akasia TV3 dijangka bermula pada 3 Mac 2019 ini.

Gambar Pelakon

drama asalkan dia bahagia akasia tv3

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar