Drama Kan Kukejar Cinta Kamu lakonan Amyra Rosli dan Fendy Bakri

Drama adaptasi novel karya Fauziah Ashari bertajuk Kan Kukejar Cinta Kamu ini akan mula ditayangkan pada 17 Disember 2018. Bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam selama 28 episod. Terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Yusry Abdul Halim.

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Para Pelakon

Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Video Teaser / Promo Terbaru

Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Gambar Pelakon


Jangan lupa saksikan kesudahan drama Kan Kukejar Cinta Kamu di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar