Drama Terbaik Dariku lakonan Syazuwan Hassan dan Zara Zya

Drama terbaru di Slot Samarinda TV3, Terbaik Dariku mula bersiaran pada 14 November lepas. Bersiaran selama 15 episod, hari Isnin hingga Rabu setiap minggu, jam 10 malam. Terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd, idea asal Lily Suhana, skrip oleh Adza Emie dan arahan pengarah popular Along Kamaludin.

drama terbaik dariku

Para Pelakon

Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Shamiela.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Lagu Tema/OST

Tajuk: Tiada Dendam
Penyanyi: Zara Zya
Komposer: Lieynur Liey & Fauzi Aisunam

Sinopsis Terbaik Dariku

Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

Gambar Pelakon

pelakon drama terbaik dariku


Saksikan kesudahan drama Terbaik Dariku pada hari Isni hingga Rabu, 10 malam di Slot Samarinda TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar