Drama Pengantin 100 Hari lakonan Aiman Hakim dan Aishah Azman

Drama Pengantin 100 Hari akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam. Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Amor Rizan. Skrip hasil ciptaan Sharifah Abi Salem.

pengantin 100 hari tv3

Para Pelakon

Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan, Jasmine Suraya, Dato Rahim Razali, Zila Bakarin, Edika Yusof, Faiz Izzat, Yusri Saleh.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Video Teaser Episod Akhir


Sinopsis Pengantin 100 Hari

Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya.

Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya.

Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

Pastikan tidak ketinggalan mengikuti kesudahan drama 13 episod ini nanti.

Gambar Pelakon

pelakon pengantin 100 hari

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar