Drama Jangan Benci Cintaku lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson

Drama Jangan Benci Cintaku akan ditayangkan bermula 29 Jun 2018 di Slot Akasia TV3. Bersiaran selama 28 episod, drama ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Pali Yahya. Adaptasi novel karya Emy Roberto.

drama jangan benci cintaku

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan.

Episod Penuh 1-28 (youtube rasmi TV3)

Sinopsis Jangan Benci Cintaku

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Sinopsis 2
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.' Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!'- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you've lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Saksikan nanti drama Jangan Benci Cintaku pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di TV3.

+ comments + 25 comments

25 July 2018 at 01:52

Bagus

25 July 2018 at 09:23

teruknye perangai husna dalam cerita nir..xbaik rosak kan rmahtangga org..

26 July 2018 at 11:25

Wanita skrg memang suka mencari lelaki yg sudah beristeri.

26 July 2018 at 15:58

Nape Shah tak tegas langsung

29 July 2018 at 06:01

Malukan perempuan yang pakai tudung

31 July 2018 at 08:35

Shah ni salah satu jantan. Bukan lelaki. Penting diri, bodoh, ego and mostly tamak. Tolong laaa lelaki dkt luar sana tu jangan sia sia kan perempuan yg baik. Kalau tak nak, lepaskan je. Jangan seksa mcm tu. Kau tak tahu betapa perit makan hati dari makan bunga cengkih and lawang dlm nasi briyani. Hmmmmmm

31 July 2018 at 17:10

Meluat ngan shah n husna..hahaahahah

31 July 2018 at 22:03

Paling bersalah dlm drama nie adalah watak shah. Dia yg curang.lepas tu salah kan org lain. Klau benar ia mencintai seseorg ia akan menerima segala kekurangan pasangan. hanya fika blm bersedia jadi isteri ia mengambil itu sebagai peluang utk curang. Watak shah ingat dia sempurna lah sgt. Shah kata org tdk pernah faham dia. Kalau dilihat dia itu yg x faham org. Watak husna pun satu dan nenek shah tu. Pada satu hari nanti apabila shah melihat husna ada kekurangan dia juga kena tinggal. Dengan muka tak tahu malu sana nak sini pun nak. Dia ingat dia saja laki baik kat dunia nie. Dia nak dua2. Kalau betul dia nak fika dia xkan teragak2 buat keputusan.

31 July 2018 at 22:59

geram betul kat husna ni. dahla perampas suami orang, sanggup pulak buat itu ini. si Shah pun satu..x tegas langsung. benci geram semua ada ni.

1 August 2018 at 00:24

reality yg byk berlaku skrg.

1 August 2018 at 02:43

Im inlive with this drama. Hope n shah n fika in d end๐Ÿ˜˜

1 August 2018 at 06:34

meyapah plak gan husna tu dh knepe lh die kacau fika gan shah

1 August 2018 at 10:20

X suka husna

1 August 2018 at 19:04

cerita yang sangat menyakit hati dan sesak nafas kerana tiada siapa yang dapat menolong orang yang teraniaya. Suami pon sesak nafas....jahat sungguh karekter yang sedia ada....sepupu pon jahat. Ya allah teruk sangat gambar ini.

2 August 2018 at 06:57

Emmmm it's drama ๐ŸŽญ ๐ŸŽญ jagan emo sagat ia

2 August 2018 at 11:24

husna yg jahat, nienaa tk jahat pun. hahaha

2 August 2018 at 18:12

EP 25.... xsepatutnya shah salahkan fika mcm tu... tuduh fika curang... fika x pernah tudung shah curang sebb fika memahami kesilapan yg die buat 5tahun lepas.. but for me, kisah mereka merupakan kisah cinta jarak jauh dan x sepatutnya shah ada perempuan lain sepanjang fika sambung blaja. sebb, shah tahu tujuan n matlamat fika ke Perth.
pls jgn blame fika seolah2 awk x bersalah ye shah... #teamfika
sy tahu perasaan bila kene tuduh atas bende yg kita x buat, dan sebenarnye org yg tuduh tu yg buat.. ya, it's happend in real life..

2 August 2018 at 19:36

Benci Husna & NekPah...

3 August 2018 at 05:41

Shah marah Fika holiday dengan lelaki lain than what about you Shah, Fika still your wife and yet you get engaged to another woman even though she against it what a selfish man!

3 August 2018 at 21:38

Fika

4 August 2018 at 22:24

nekpah, husna, irwan dan syazwi hanya accessories yg selalunya org highlight... Sbnarnya Shah yg mengong. Dlm citer nih Shah nye sikap yg nyebabkan 4 nama tadi jadi accessories yg sgt2 hidup. Shah menunjukkan sikap seorang lelaki yg zaman kecilnya mmg seorang yg naif tapi kini cuba guna helah utk selesaikan masalah2 tertentu. Malangnya helahnya FAIL... huehehehehhe... Soal hati pula Shah mmg sgt tak stabil. Mmcm mana lelaki yg ada ciri2 mcm nih boleh jadi Big Bos? Tu sbb sales company tu merudum bila Shah pening nak layan Husna dan Fika dalam 1 masa. Isu Nek Pah bukan 1 isu yg besar. Mudah je nak handle jika ada nenek mcm tu. Husna pon snang je nak handle. Lagi degil si husna lagi snang nak handle. Irwan satu masalah dinamakan mengada-ngada x tentu pasal sbb bini org ko suka perhal? kannn... Syazwi pon alami masalah yg sama dgn Irwan. Mental breakdown scale 9/10 sbb "Bini org tuuuu, knp sibuk sgt nk ngorat??" Tapi paling best Faris, Damia and Nelly. Ok mereka bertiga nih mmg kwn yg bagus. Walaupun adakala bengong mereka kembali. Biasalaaa kawan kannn... Nelly steady ngn accent Perak beliau. Damia dgn sikap 'Terrrr' lepas cakap nya. Farissss, yesssss. Dewa Hindustan. Ini rare sikit. ok bye...

5 August 2018 at 00:48

Insyallh endingnya bhagia

6 August 2018 at 08:30

Realiti hidup sekarang. Masalah blh setel tapi mcm harem lagikk.. Satu episod lg mampukah shah dan fika bersatu..

6 August 2018 at 09:57

Omg... husna jahat ��fika nice girl��

6 August 2018 at 23:17

Husna siap bunuh diri lagi smlm....menyampah betul lah tgk watak husna
ni๐Ÿ˜ 

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar