Drama Suamiku Mat Piun lakonan Along Cham dan Sharifah Sakinah

Drama Suamiku Mat Piun merupakan hasil terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Arahan pengarah Amor Rizan dan skrip nukilan Pouvin & Tommy Loh. Bakal ditayangkan di slot Iris TV3.

Suamiku Mat Piun

Para Pelakon

Along Cham, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Mimi Lana, Idzham Ismail, Rania Humaira, Syafi Danish, Qhaisy Hazali, Shahriza Mahmud, Tryssa, Nurinmisha, Qasehku Effa Al Habshee

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Sinopsis Suamiku Mat Piun

Mengisahkan Pojie dan Nieza sebagai pasangan suami isteri yang melalui pelbagai fasa cabaran. Nieza adalah seorang peminat novel Melayu yang sering membuat keputusan berdasarkan jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang dibacanya. Halangan yang ditempuhi oleh merpati dua sejoli ini bermula dari perancangan perkahwinan mereka dan melarat sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana, Pojie seorang budak penghantar (Mat Piun) dan Nieza berdepan dengan bermacam konflik termasuk pelbagai masalah dari kisah lampau dan terkini membuatkan hidup mereka terumbang-ambing, menambah jenaka bersahaja dalam kitaran harian mereka.

Bolehkah Nieza dan Pojie menyelesaikan isu kehidupan dengan menjadikan novel sebagai panduan?

Saksikan kesudahan drama Suamiku Mat Piun bersiri 19 episod yang cukup menggelikan hati ini.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar