Drama Melankolia lakonan Nonny Nadirah dan Aliff Aziz

Menghiasi Slot Samarinda drama terbaru Melankolia yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3. Drama terbitan Orangetee Production Sdn Bhd, arahan Suhaimi Zulkefli dan skrip Nana Khalil, Azmy Mohd Ariff, Amin Shakib.

melankolia tv3

Para Pelakon

Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Sri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailani.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19

Lagu Tema/OST

Lagu: Amarah Cinta
Penyanyi: Aliff Aziz

Sinopsis Melankolia

Mengisahkan Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya.

Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain. Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek.

Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?

Saksikan drama Melankolia yang bersiaran 19 episod pada setiap hari Isnin - Rabu pukul 10.00 malam di TV3.

+ comments + 2 comments

5 March 2018 at 17:31

kenape episod seterusnye x de

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar