Telemovie Menarik Sempena Hari Merdeka (2017)


Telemovie Menarik Sempena Hari Merdeka (2017)

TV3

HANYA TUHAN YANG TAHU - Video soon!
Rabu, 30 Ogos, 2.00 petang
Ramlan dan Maria membawa anak perempuannya, Shazlin untuk tinggal bersama mereka demi
keselamatan Shazlin. Dia telah dipukul oleh Along kerana suaminya, Iskandar berhutang. Shazlin
hanya diam tetapi tertekan dengan permasalahan itu. Ramlan pula bersimpati pada Iskandar dan ingin
membantunya menyelesaikan hutang Iskandar dengan Along. Tetapi dalam masa yang sama, Ramlan
memasang perangkap adakah benar Iskandar berhutang dengan Along.
Pelakon: Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Wan Sharmila, Shaharudin Tamby, Ozlynn Wati, Aida
Khaleeda, Boy Iman, Taufik Hanafi

SELIMUT MERDEKA - Video
Khamis, 31 Ogos, 2.00 petang
Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya,
Azim dan anak kandungnya, Zaki. Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak
Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya
bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga.

Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya. Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah.

Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.
Pelakon: Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina
Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden dan Faiz Faitullah ini nanti.


PURNAMA - Video soon!
Khamis, 31 ogos, 10.00 malam
Kisah di Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis. Yamim, baru sahaja kematian isteri
Salmah. Yamim ingin menuntut bela kematian isterinya lalu mengajak dua rakannya, Purnama dan Isa untuk bertemu pegawai Melayu yang dikatakan bertanggungjawab atas kematian Salmah. Atas
keberangkatan mereka, Anum adik ipar Yamim ditinggalkan bersama Aminah. Tetapi kerana kedegilan Yamim yang ingin bersemuka dengan pihak komunis, mereka bertiga telah menjadi tahanan komunis.

Mereka didera kerana dikatakan menjadi mata-mata orang Inggeris. Aminah juga turut
memperjuangkan nasib Purnama, walaupun diancam komunis tetapi malangnya Anum pula dibunuh
komunis. Isa terkorban, namun Yamim dan Purnama akhirnya berjaya lolos daripada seksaan komunis.

Purnama kemudiannya diangkat menjadi wira kerana memperjuangkan nasib anak bangsa dalam
menentang komunis. Yamim yang mengetahui mengenai berita itu, merasa marah dan menyimpan
dendam pada Purnama kerana sepatutnya dia yang dijulang menjadi wira.
Pelakon: Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira dan Zulkifli Ismail ini pada Hari
Merdeka nanti.

THE STREETS TANAH AIRKU - Video soon!
Setiap Sabtu, 11.30 pagi
The Streets Tanah Airku membawa para penonton ke beberapa tempat terkenal di Malaysia serta
berkongsi aktiviti dan makanan menarik yang menjadi tarikan di tempat persinggahannya. Antara
lokasi yang akan dipaparkan adalah Jalan Kg. Baru, Jalan Alor, Jalan Connought, Lebuh Chulia, Lebuh Armenian, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Gopeng dan banyak lagi.
Hos: Qi Razali

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN - Video soon!
Setiap Ahad, 11.30 pagi
Jalan- Jalan Makan Angin istimewa edisi merdeka akan mengetengahkan penginapan di Bandar
Melaka & di luar Bandar Melaka (Serkam). Di Rucksack terdapat 5 unit bilik berkonsepkan caravan.

Terdapat juga jenis bilik lain. Ia dibina daripada sebuah bangle lama. The Hut pula terletak didalam Kg. Serkam. Tarikan utama disitu adalah suasana kg, kawasan nelayan dan Masjid berusia 150 tahun.
Episod ini juga diselitkan serba sedikit tentang fakta kemerdekaan.
Hos: Nadzmi Adhwa dan Fikry Ibrahim



TV9
SKRIN DI 9: ANTARA RAHMAH DAN AMAH - Video soon!
Isnin, 28 Ogos, 8.30 malam
Jadual kerjaya yang begitu padat membuatkan Puan Rahmah tiada masa untuk membesarkan anak
tunggalnya, Maisarah yang masih di bangku sekolah rendah. Tugas untuk membesar dan menguruskan Maisarah terletak sepenuhnya di bahu Laila, seorang gadis kampung.

Laila diambil Puan Rahmah untuk bertugas sebagai ‘amah’ di rumahnya. Ketika sambutan hari Merdeka di sekolah, Maisarah mengambil bahagian dalam pertandingan pengucapan awam dan apabila dia diminta untuk bercakap mengenai ‘Idola Saya’, Puan Rahmah tidak sabar untuk mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Maisarah tentang dirinya. Hatinya tersentap apabila Maisara membuat ucapan yang idolanya merupakan Laila. Apakah Puan Rahmah dapat menebus kembali masa dan kasih sayang yang telah hilang terhadap Maisara?
Pelakon: Rita Rudaini, Atikah Suhaime, Adik Aisha Marie, Kismah Johar, Bell Ngasri, Syarra


8TV
BUG ME NOT - Video soon!
Khamis, 31 Ogos, 2.00 petang
Moon, gadis pelik yang mempunyai keistimewaan untuk bercakap dengan binatang. Moon menyimpan perasaan pada seorang budak lelaki bernama Hyland. Hyland juga rupa-rupanya mempunyai keistimewaan iaitu tindakan reflex yang sangat pantas. Kerana kuasa luar biasa mereka ini, Moon dan Hyland telah dipelawa untuk menyertai satu kumpulan yang mengumpulkan orang-orang yang memiliki kuasa luar biasa yang diketuai oleh Auntie, seorang wanita tua berumur 70 tahun tetapi kelihatan seperti baru berumur 20 tahun.
Pelakon: Isabella Leong, Bolin Chen, Kenny Kwan

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar