Hanya Tuhan Yang Tahu lakonan Fasha Sandha dan Saharul Ridzwan

Akan ditayangkan pada 31 Ogos ini di TV3, telemovie Hanya Tuhan Yang Tahu lakonan hebat Fasha dan Saharul Ridzwan. Terbitan syarikat Mache All Star United Sdn Bhd dan di bawah arahan Murali Abdullah. Skrip telemovie dihasilkan oleh Rosmadewi Zain.


Video HanyaTuhanYangTahu

Para Pelakon

Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Shaharuddin Thamby, Aida Khalida, Ozlynn, Boy Iman, Taufiq Hanafi, Wan Sharmila.

Sinopsis Hanya Tuhan Yang Tahu

Ramlan dan Maria membawa anak perempuannya, Shazlin untuk tinggal bersama mereka demi keselamatan Shazlin kerana suaminya, Iskandar diancam oleh along.

Fasha Sandha (lahir 28 Mac 1984) boleh dikatakan seorang pelakon yang kerap membawa watak "wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Walaupun begitu, Fasha juga boleh membawa pelbagai watak dari perempuan murah hati sehingga perempuan yang dikatakan membawa sial seperti dalam lakonannya untuk drama Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Nantikan telemovie Hanya Tuhan Yang Tahu yang akan bersiaran di TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar