Gerak Khas (2017) terbitan Skop Production Sdn Bhd

Gerak Khas merupakan sebuah drama polis arahan Datuk Yusof Haslam yang ditayangkan di TV2 sejak 4 Mei 1999 setiap Jumaat jam 9:00 malam. Drama ini pernah ditayangkan di TV1 pada tahun 2004 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut.

Gerak Khas

Episod Terbaru Gerak Khas

Maruah
Gempur Bhg1 | Bhg2
Buruan
Desperado

Drama ini diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd dan memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.

Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”. Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan, dan ia digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan pada Mac 2012 hingga Mac 2013.

Pada Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir 3 tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.

Unit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit Gerak Khas demi menjaga keamanan negara.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar