Isteri-Isteri Ayah lakonan Jalaluddin Hassan

Terbaru di Slot Iris TV3 bersiaran drama Isteri-Isteri Ayah bermula semalam. Drama terbitan SRS Productions Sdn Bhd ini diarahakan oleh Jamal Khan (Khan Mancung). Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30.

isteri-isteri ayah

Para Pelakon

Datuk Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite, Faye Kusairi, Ira Ghani, Azad Jazmin, Eira Syazira, Rozie Othman, Sharifah Asyikin, Watie Sadali.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20


Sinopsis Isteri-Isteri Ayah

Mengisahkan rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar daripada rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah diantara mereka yang akan diceraikan.

Saksikan drama Isteri-Isteri Ayah ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar