Drama Bahagia Bukan Bidaan lakonan Nora Danish dan Adi Putra

Nantikan drama Bahagia Bukan Bidaan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 3 September 2018 ini. Drama adaptasi novel karya Hessa Widad ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan syarikat Country & Universal Sdn Bhd. Bersiaran selama 15 episod setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam.

drama bahagia bukan bidaan tv3

Para Pelakon

Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Lisdawati, Fauzi Nawawi.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan

Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Gambar Pelakon

pelakon bahagia bukan bidaan tv3

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar