Drama Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat

Drama Cinta Bukan Kristal merupakan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd. Arahan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli. Bersiaran 28 episod di Slot Akasia TV3.

cinta bukan kristal tv3

Para Pelakon

Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Cinta Bukan Kristal

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.

Gambar Pelakon

cinta bukan kristal 2

Jangan lupa saksikan drama Cinta Bukan Kristal ini nanti pada Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar