Drama Cinta Koko Coklat lakonan Zahirah Macwilson dan Aqasha

Drama Cinta Koko Coklat memulakan episodnya pada 23 Julai 2018 selama 50 episod. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 malam di Slot GlamaDrama ntv7. Terbitan Juita Viden Production dan diarahkan oleh pengarah Pali Yahya.

cinta koko coklat ntv7

Para Pelakon

Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Aziza Kazan, Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif, Iman Haidar.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28Episod 29Episod 30

Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat

Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik.

Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish.

Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim.

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar