Drama Halalkan Hati Yang Kucuri lakonan Aliff Aziz dan Farah Nabilah

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri akan menggantikan Cinta Fatamorgana bermula 23 Mei ini. Bersiaran 27 episod di Slot Akasia TV3. Drama ini diterbikan Country & Universal Sdn Bhd dan merupakan adaptasi novel karya Mia Kiff. Skrip dihasilkan oleh Mufid Suhaimi dan arahan pengarah Hashim Rejab.

halalkan hati yang kucuri

Para Pelakon

Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Azhan Rani.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Video Teaser Minggu Akhir


Lagu Tema/OST

Siti Sarah - Semakin

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

Gambar Pelakon

halalkan hati yang kucuri

halalkan hati yang kucuri

halalkan hati yang kucuri


Jangan lupa saksikan kesudahan drama Halalkan Hati Yang Kucuri ini pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 7 malam di TV3.

+ comments + 8 comments

22 June 2018 at 01:25

best lah cerita ni . dapat memberi pengajaran kepada orang orang yang sombong diluar sana.

24 June 2018 at 06:35

nice

27 June 2018 at 05:00

Teramat best... penuh message

28 June 2018 at 18:52

cerita yg membangkitkan semangat dan penuh kesabaran..bukan hanya sabar di awal atau pertengahan ..tapi hingga ke penghujung kehidupan kita..

28 June 2018 at 21:15

Ya Allah, film ini banyak sekali memberi pelajaran untuk kita, bahwa manusia itu tidak pantas menjadi pribadi yang sombong, karena kesombongan itu hanya untuk Allah semata, semoga banyak yang dapat berubah menjadi lebih baik setelah menonton film ini, Aamiin

28 June 2018 at 22:14

sgt byk pengajaran dlm cerita ni..kalau kita rasa kita susah ramai lg org yg lebih2 lg susah dr kita..

2 July 2018 at 05:36

Cerita gini lah baru logik dibuat ceritaaa... ini lah realiti kehidupan...

3 July 2018 at 17:49

Best sgt!!! This is the reality.. byk sgt pengajaran.. good job 👍

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar