Teman Lelaki Upahan lakonan Ungku Ismail dan Elizad

Teman Lelaki Upahan


Sinopsis Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan mengisahkan EL (Ungku Ismail Aziz), pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin). Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, EL terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zarra (Izara Aishah) berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL.

Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zarra yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zarra cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar