Kayuhan Kasih Ayah lakonan Aman Graseka

Telemovie di slot Cerekarama TV3 bertajuk Kayuhan Kasih Ayah ini diterbitkan oleh syarikat Aniq Communication Sdn Bhd dan diarahkan Idora Abdul Rahman, skrip Jo Sidek.

Kayuhan Kasih Ayah

Video KayuhanKasihAyah

Para Pelakon

Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail.


Sinopsis Kayuhan Kasih Ayah

Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?

Yatim (50-an) seorang yang lurus bendul, menyara hidupnya dengan menjaja menjual cendor menggunakan basikal roda tiga. Yatim yang hidup sebatang kara tinggal di sebuah rumah kecil pusaka ibubapanya. Yatim menghabiskan kehidupan sehariannya dengan menjual cendor kerana tiada apa lagi untuk dilakukannya selain itu.

Suatu hari, Yatim terlihat satu peristiwa yang menyayat hatinya apabila seorang anak kecil, Rizqi (10 tahun) berlari mengejar ibu dan dua adiknya yang mula bergerak pulang setelah terpaksa menghantarnya ke sebuah rumah anak-anak yatim kerana tidak mampu memelihara dan memberi pelajaran yang sempurna kepada kesemua anaknya setelah kematian suami. Bermula dari detik itu, Yatim mula berazam untuk membantu anak-anak yatim itu.

Yatim telah membawa kesemua wang tabungannya untuk didermakan kepada anak-anak yatim di rumah itu. Namun ketika Yatim menghantar wang itu, Hamid iaitu pengasas rumah anak-anak yatim itu tidak mahu menerima wangnya setelah melihat keadaan diri Yatim sendiri.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar