Drama Razia Sultan di TV3


Drama Razia Sultan TV3, takdir atau pilihan? Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan menguji kecekalan dan kebijaksanaan seorang puteri menerusi drama bersiri Hindustan, Razia Sultan yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis bermula semalam, jam 4 petang.

Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan, drama bersiri 85 episod ini diterbitkan Swastik Productions dari Mumbai, India membariskan pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth dan Ankit Arora.


















































































































Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
Episod 29Episod 30Episod 31Episod 32Episod 33Episod 34Episod 35
Episod 36Episod 37Episod 38Episod 39Episod 40Episod 41Episod 42
Episod 43Episod 44Episod 45Episod 46Episod 47Episod 48Episod 49
Episod 50Episod 51Episod 52Episod 53Episod 54Episod 55Episod 56
Episod 57Episod 58Episod 59Episod 60Episod 61Episod 62Episod 63
Episod 64Episod 65Episod 66Episod 67Episod 68Episod 69Episod 70
Episod 71Episod 72Episod 73Episod 74Episod 75Episod 76Episod 77
Episod 78Episod 79Episod 80Episod 81Episod 82Episod 83Episod 84
Episod 85

Mengisahkan Razia, anak kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti anak lelaki dan dilatih menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan wanita.

Razia juga berjiwa rakyat dan murah hati. Pada zaman kanak-kanak dia selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin.

Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul dengan anak lelakinya untuk merebut takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat itu dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentukan dengan pertarungan. Pemenang menjadi pemerintah kerajaan Delhi baru.

Beberapa pertarungan hebat berlaku termasuklah di antara Nasser dan Rukn-Ud-Din. Malangnya, Nasser dikalahkan Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab di atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha membuktikan bahawa Shah Turkan menggunakan helah bagi mengalahkan Nasser.

Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan merancang membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya layak menjadi pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta keluarganya.

Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan keluarganya dan bangkit melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din?


Nantikan kemunculan drama adaptasi dari sejarah ini bermula esok jam 4 petang setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Bersiaran 100 episod yo! perghhh layan hehe.

+ comments + 1 comments

10 July 2018 at 03:30

Boleh update semua episod balik x please? Xboleh download laa

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar